“Dia telah membeli akhirat
dengan dunia, dan mengutamakan keridhaan Allah dan
Rasul atas segala-galanya.”
(Mu’arrikhin).
Sa’id
Bin ‘Amir Al Jumahy, termasuk seorang pemuda di antara ribuan orang yang pergi
ke Tan’im, di luar kota Makkah. Mereka berbondong-bondong ke sana, dikerahkan
para pemimpin Quraisy untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap
Khubaib bin ‘Ady, yaitu seorang sahabat Nabi yang mereka jatuhi hukuman tanpa
alasan.
Dengan semangat muda yang
menyala-nyala, Sa’id maju menerobos orang banyak yang berdesak-desakan.
Akhirnya dia sampai ke depan, sejajar dengan tempat duduk orang-orang penting,
seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lain.
Kaum kafir Quraisy sengaja
mempertontonkan tawanan mereka dibelenggu. Sementara para wanita, anak anak dan
pemuda, menggiring Khubaib ke lapangan maut. Mereka ingin membalas dendam
terhadap Nabi Muhammad saw., serta melampiaskan sakit hati atas ke kalahan
mereka dalam perang Badar.
Ketika tawanan yang mereka
giring sampai ke tiang salib yang telah disediakan, ‘Sa’id mendongakkan kepala
melihat kepada Khubaib bin ‘Ady. ‘Said mendengar suara Khubaib berkata dengan
mantap, “Jika kalian bolehkan, saya ingin shalat dua raka’at sebelum saya
kalian bunuh....” Kemudian Sa’id melihat Khubaib menghadap ke kiblat (Ka’bah).
Dia shalat dua raka’at.
Alangkah
bagus dan sempurna shalatnya itu. Sesudah shalat, Khubaib menghadap kepada para
pemimpin Quraisy seraya berkata, “Demi Allah! Seandainya kalian tidak akan
menuduhku melama-lamakan shalat untuk melambat-lambatkan waktu kerana takut
mati, nescaya saya akan shalat lebih banyak lagi.” Mendengar ucapan Khubaib
tersebut, Sa’id melihat para pemimpin Quraisy naik darah, bagaikan hendak
mencencang-cencang tubuh Khubaib hidup hidup.
Kata mereka, “Sukakah
engkau si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?”
“Saya tidak ingin
bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak saya, sementara Muhammad tertusuk
duri....,” jawab Khubaib mantap.
“Bunuh dia...! Bunuh
dia...!” teriak orang banyak. Sa’id melihat Khubaib telah dipakukan ke tiang
salib. Dia mengarahkan pandangannya ke langit sambil mendo’a, “Ya, Allah!
Hitunglah jumlah mereka! Hancurkanlah mereka semua. Jangan disisakan seorang
jua pun!”
Tidak
lama kemudian Khubaib menghembuskan nafasnya yang terakhir di tiang salib.
Sekujur tubuhnya penuh dengan luka-luka kerana tebasan pedang dan tikaman
tombak yang tak terbilang jumlahnya. Kaum kafir Quraisy kembali ke Makkah
biasa-biasa saja. Seolah-olah mereka telah melupakan peristiwa maut yang
merenggut nyawa Khubaib dengan sadis. Tetapi Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy yang
baru meningkat usia remaja tidak dapat melupakan Khubaib walau agak sedetikpun.
Sehingga dia bermimpi melihat
Khubaib menjelma di hadapannya. Dia seakan-akan melihat Khubaib shalat dua
raka’at dengan khusyu’ dan tenang di bawah tiang salib. Seperti terdengar
olehnya rintihan suara Khubaib mendo‘akan kaum kafir Quraisy. Kerana itu Sa’id
ketakutan kalau-kalau Allah swt. segera mengabulkan do’a Khubaib, sehingga
petir dan halilintar menyambar kaum Quraisy.
Keberanian dan ketabahan
Khubaib menghadapi maut mengajarkan pada Sa’id beberapa hal yang belum pernah
diketahuinya selama ini.
Pertama, hidup yang sesungguhnya ialah hidup berakidah (beriman); kemudian
berjuang mempertahankan ‘akidah itu sampai mati.
Kedua, iman yang telah terhunjam dalam di hati seorang dapat menimbulkan
hal-hal yang ajaib dan luar biasa.
Ketiga, orang yang paling dicintai Khubaib ialah sahabatnya, iaitu
seorang Nabi yang dikukuhkan dari langit.
Sejak
itu Allah swt. membukakan hati Sa’id bin ‘Amir untuk menganut agama Islam.
Kemudian dia berpidato di hadapan khalayak ramai, menyatakan: alangkah bodohnya
orang Quraisy menyembah berhala. Kerana itu dia tidak mahu terlibat dalam
kebodohan itu. Lalu dibuangnya berhala-hala yang dipujanya selamaini. Kemudian
diumumkannya bahwa mulai sa‘at itu dia masuk Islam.
Tidak lama sesudah itu, Sa
id menyusul kaum muslimin hijrah ke Madinah. Di sana dia senantisasa
mendampingi Nabi s.a.w. Dia ikut berperang bersama beliau, mula mula dalam peperangan
Khaibar. Kemudian dia selalu turut berperang dalam setiap peperangan
berikutnya.
Setelah Nabi saw. berpulang
ke rahmatullah, Sa’id tetap menjadi pembela setia Khalifah Abu Bakar dan ‘Umar.
Dia menjadi teladan satu-satuya bagi orang orang mu’min yang membeli kehidupan
akhirat dengan kehidupan dunia. Dia lebih mengutamakan keridhaan Allah dan
pahala daripada-Nya di atas segala keinginan hawa nafsu dan kehendak jasad.
Kedua Khalifah Rasulullah,
Abu Bakar dan ‘Umar bin Khaththab, mengerti bahwa ucapan-ucapan Sa’id sangat
berbobot, dan taqwanya sangat tinggi. Kerana itu keduanya tidak keberatan
mendengar dan melaksanakan nasihat-nasihat Sa ‘id. Pada sutu hari di awal
pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khaththab, Sa’id datang kepadanya memberi
nasihat.
Kata
Sa’id, “Ya ‘Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah manusia. Jangan takut
kepada manusia dalam menjalankan agama Allah! Jangan berkata berbeda dengan
perbuatan. Kerana sebaik-baik perkataan ialah yang dibuktikan dengan perbuatan.
Hai Umar! Tujukanlah seluruh perhatian Anda kepada urusan kaum muslimin baik
yang jauh mahupun yang dekat. Berikan kepada mereka apa yang Anda dan keluarga
sukai. Jauhkan dari mereka apa-apa yang Anda dan ke luarga Anda tidak sukai.
Arahkan semua karunia Allah kepada yang baik. Jangan hiraukan cacian
orang-orang yang suka mencaci.”
“Siapakah yang sanggup
melaksanakan semua itu, hai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar.
“Tentu orang seperti Anda!
Bukankah Anda telah dipercayai Allah memerintah ummat Muhammad ini? Bukankah
antara Anda dengan Allah tidak ada lagi suatu penghalang?” jawab Sa’id
meyakinkan.
Pada
suatu ketika Khalifah ‘Umar memanggil Sa’id untuk diserahi suatu jabatan dalam pemerintahan.
“Hai Sa’id! Engkau kami angkat menjadi Gubernur di Himsh!” kata Khalifah Umar.
“Wahai ‘Umar! Saya memohon
kepada Allah semoga Anda tidak mendorong saya condong kepada dunia,” kata
Sa’id.
“Celaka Engkau!” balas
‘Umar keberatan. “Engkau pikulkan beban pemerintahn ini di pundakku, tetapi kemudian
Engkau menghindar dan membiarkanku repot sendiri.”
“Demi Allah! Saya tidak
akan membiarkan Anda,” jawab Sa’id.
Kemudjan Khalifah ‘Umar
melantik Sa ‘Id menjadi Gubernur di Himsh.
Sesudah pelantikan,
Khalifah ‘Umar bertanya kepada Sa’id, “Berapa gaji yang Engkau inginkan?”
“Apa yang harus saya
perbuat dengan gaji itu, ya Amirul Mu’minin?” jawab Sa’id balik bertanya.
“Bukankah penghasilan saya dan Baitul Mal sudah cukup?”
Tidak
berapa lama setelah Sa ‘id memerintah di Himsh, sebuah delegasi datang menghadap
Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang di
tugasi Khalifah mengamat-amati jalannya pemerintahan di Himsh. Dalam pertemuan
dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Himsh
untuk diberikan santunan. Delegasi mengajukan daftar yang diminta Khalifah. Di
dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan, dan nama Sa’id bin ‘Amir
Al-Jumahy.
Ketika
Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemukan nama Sa’id bin ‘Amir Al- Jumahy.
Lalu beliau bertanya “Siapa Sa ‘id bin ‘Amir yang kalian cantumkan ini?”
“Gubernur kami! “jawab
mereka.
“Betulkah Gubernur kalian
miskin?” tanya khalifah heran.
“Sungguh, ya Amiral
Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api
menyala (tidak memasak),”jawab mereka meyakinkan.
Mendengar perkataan itu,
Khalifah ‘Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi jenggotnya.
Kemudian beliau mengambil sebuah pundi-pundi berisi uang seribu dinar. “Kembalilah
kalian ke Himsh. Sampaikan salamku kepada Gubernur Sa’id bin ‘Amir. Dan uang
ini saya kirim kan untuk beliau, guna meringankan kesulitan-kesulitan rumah tangganya”
ucap ‘Umar sedih.
Setibanya di Himsh,
delegasi itu segera menghadap Gubernur Sa’id, menyampaikan salam dan uang
kiriman Khalifah untuk beliau Setelah Gubernur Sa ‘id melihat pundi-pundi berisi
uang dinar, pundi-pundi itu dijauhkannya dari sisinya seraya berucap, ‘inna
lilahi wa inna ilaihi raji’un. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).”
Mendengar
ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Kerana itu
isterinya segera menghampiri seraya bertanya, “Apa yang terjadi, hai ‘Sa ‘Id?
Meninggalkah Amirul Mu ‘minin?”
“Bahkan lebih besar dan
itu!” jawab Sa’id sedih. “Apakah tentara muslimin kalah
berperang?” tanya Isterinya
pula.
“Jauh lebih besar dri itu!”
jawab Sa’id tetap sedih. ‘Apa pulakah gerangan yang Iebih
dari itu?” tanya isterinya
tak sabar.
‘Dunia telah datang untuk
merusak akhiratku. Bencana telah menyusup ke rumah
tangga kita,’ jawab Sa’id
mantap.
“Bebaskan dirimu
daripadanya! “ kata isteri Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal
adanya pundi pundi uang yang dikirimkan Khalifah ‘Umar untuk pri badi suaminya.
“Mahukah Engkau menolongku
berbuat demikian?” tanya Sa ‘id.
‘Tentu...;! “jawab
isterinya bersemangat.
Maka Sa’id mengambil
pundi-pundi uang itu, lalu disuruhnya isterinya membagi-bagi kepada fakir
miskin.
Tidak berapa lama kemudian,
Khalifah ‘Umar berkunjung ke Syria, mengininspeksi pemerintahan di sana. Dalam
kunjungannya itu beliau. menyempatkan diri singgah di Himsh Kota Himsh pada
masa itu dinamai orang pula “Kuwaifah (Kufah kedil)”, kerana rakyat nya sering
melapor kepada pemerintah pusat dengan ke1emahan-kelemahan Gubernur mereka, persis
seperti kelakuan masyarakat Kufah.
Tatkala
Khalifah singgah di sana, rakyat mengeluelukan beliau, mengucapkan Selamat Datang.
Khalifah bertanya kepada rakyat, “Bagaimana penilaian Saudara-Saudara terhadap
kebijakan Gubernur.
“Ada empat macam kelemahan
yang hendak kami laporkan kepada Khalifah,” jawab
rakyat.
“Saya akan pertemukan
kalian dengan Gubernur kalian,” jawab Khalifah ‘Umar sambil
mendo’a: “Semoga sangka
baik saya selama ini kepada Sa’id bin ‘Amir tidak salah.”
Maka tatkala semua
pihak—iaitu Gubernur dan masyarakat—telah lengkap berada di
hadapan Khalifah, beliau
bertanya kepada rakyat, “Bagaimana laporan saudara-saudara tentang kebijakan
Gubernur Saudara-sau dara?”
Pertanyaan Khalifah dijawab
oleh seorang Juru Bicara.
Pertama: Gubernur selalu
tiba di tempat tugas setelah matahari tinggi.
“Bagaimana tanggapan Anda
mengenai lapor’an rakyat Anda itu, hai Sa ‘id?” tanya
Khalifah.
Gubernur Sa’id bin ‘Amir
Al-Jumahy diam sejenak. Kemudian dia berkata:
“Sesungguhnya saya keberatan menanggapinya.
Tetapi apa boleh buat.. Keluarga saya ti dak mempunyai pembantu. Kerana itu
tiap pagi saya terpaksa turun tangan membuat adonan roti lebih dahulu untuk
mereka. Sesudah adonan itu asam (siap untuk dimasak), barulah saya buat roti.
Kemudian saya berwudhu’. Sesudah itu barulah saya berangkat ke tempat tugas
untuk melayani masyarakat.”
“Apa lagi laporan
Saudara-saudara?” tanya Khalifah kepada hadirin.
Kedua, Gubernur tidak
bersedia melayani kami pada malam hari.”
“Bagaimana pula tanggapan
Anda mengenai itu, hai Sa’id?” tanya khalifah.
“ Ini sesungguhnya lebih
berat bagi saya menanggapinya, terutama di hadapan umum
seperti ini,” kata Sa ‘id.
“Saya telah membagi waktu saya, siang hari untuk melayani masyarakat,malam hari
untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah,” lanjut Sa ‘id.
“Apa lagi,” tanya Khalifah
kepada hadirin.
Ketiga: Gubernur tidak
masuk kantor sehari penuh dalam sebulan.
“Bagaimana pula tanggapan
Anda, hai Sa’id?” tanya Khalifah ‘Umar.
“Sebagaimana telah saya
terangkan tadi, saya tidak mempunyai pembantu rumah tangga. Di samping itu saya
hanya memiliki sepasang pakaian yang melekat di badan ku ini. Saya mencucinya
sekali sebulan. Bila saya mencucinya, saya terpaksa menunggu kering lebih dahulu.
Sesudah itu barulah saya dapat keluar melayani masyarakat,” ucap Said.
‘Nah, apa lagi laporan
selanjutnya?” tanya Khalifah.
Keempat,: Sewaktu-waktu
Gubernur menutup diri untuk bicara. Pada saat-saat seperti itu,
biasanya beliau pergi
meninggalkan majlis.”
“Silakan menanggapi, hai
Gubernur Said!” kata Khali fah ‘Umar.
“Ketika saya masih musyrik
dulu, saya pernah menyaksikan almarhum Khubaib bin
‘Ady dihukum mati oleh kaum
Quraisy kafir. Saya menyaksikan mereka menyayat-nyayat tubuh Khubaib
berkeping-keping. Pada waktu itu mereka bertanya mengejek Khubaib, “Sukakah engkau
si Muhammad menggantikan engkau, kemudian engkau kami bebaskan?” Ejekan mereka
itu dijawab oleh Khubaib, “Saya tidak ingin bersenang-senang dengan isteri dan
anak-anak saya, sementara Nabi Muhammad tertusuk duri ...“ ‘Demi Allah...!”
kata Sa’id. “Jika saya teringat akan peristiwa , di waktu mana saya membiarkan
Khubaib tanpa membelanya sedikit jua pun, maka saya merasa, bahwa dosaku tidak
akan diampuni Allah swt.”
Segala
puji bagi Allah yang tidak mengecewakanku,” kata Khalifah ‘Umar mengkahiri dialog
itu. Sekembalinya ke Madinah, Khalifah ‘Umar mengirimi Gubernur Sa’id seribu
dinar untuk memenuhi kebutuhannya. Melihat jumlah uang sebanyak itu, isterinya
berkata kepada Sa’jd, “Segala puji bagi Allah yang mencukupi kita berkat
pengabdianmu. Saya ingin uang ini kita per gunakan untuk membeli bahan pangan
dan kelengkapan kelengkapan lain-lain. Dan saya ingin pula menggaji seorang
pembantu rumah tangga untuk kita.”
“Adakah usul yang lebih
baik dan itu?” tanya Sa’id kepada isterinya.
“Apa pulakah yang lebih
baik dari itu? “ jawab isterinya balik bertanya.
“Kita bagi-bagikan saja
uang ini kepada rakyat yang membutuhkannya. Itulah yang lebih baik bagj kita,”
jawab Sa’id.
“Mengapa....?” tanya
isterinya.
‘Dengan begitu berarti kita
mendepositokan uang ini kepada Allah. Itulah cara yang lebih baik,” kata Said.
“Baiklah kalau begitu,”
kata isterinya. “Semoga kita dibalasi Allah dengan balasan yang
paling baik.”
Sebelum
mereka meninggalkan majlis, uang itu dimasukkan Sa ‘Id ke dalam beberapa pundi,
lalu diperintah kannya kepada salah seorang keluarganya: ‘Pundi ini berikan
kepada janda si Fulan. Pundi ini kepada anak yatim Si Fulan. Ini kepada si
Fulan yang miskin... dan seterusnya.” Semoga Allah swt. meridhai Sa’id bin
‘Amir Al-Jumahy. Dja telah membeli akhirat dengan menghindari godaan kemewahan
dunia, dan mengutamakan keridhaan Allah serta pahala yang berlipat ganda di
akhirat, lebih dan segala-galanya. Amin!!!
0 komentar:
Post a Comment